Wednesday, 26 March 2014

Belasungkawa: Nahas terburuk dalam sejarah penerbangan moden.

Salam
Terpanggil untuk menulis.
Tatkala negara digemparkan dengan nahas terburuk untuk tahun ini, rakyat kita khususnya masih lagi kuat menuding jari pada kiri dan kanan mereka walhal tiada siapa dan apa yang dapat dijadikan sumber "melepaskan kemarahan".


Kita ini bukan pakar segala dan hakikatnya kita masih TIDAK TAHU apa yang sebenarnya berlaku semasa kejadian itu.
Lagi satu perkara yang membangkitkan kemarahan adalah sikap manusia itu sendiri yang tidak sensitif pada penerimaan dan perasaan manusia yang lain. Kau boleh mengeluarkan apa jua sebarang kenyataan selagi ia tidak berbaur kejian. Apakah kau lupa suatu hari nanti setiap perbuatan kau akan dihisab? Taubat selagi mampu.

Akhir kata, belasugkawa kepada semua anak kapal serta penumpang MH370. Semoga kalian bersemadi dengan aman jika benar kalian telah kembali kepada sang pencipta.
Aku bersimpati pada kesemua waris.Berharap agar anda semua tabah menghadapi dugaan yang maha dasyat ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...