Showing posts with label manusia. Show all posts
Showing posts with label manusia. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

At last!

Salam
Setelah berabad dan berkurun lamanya aku mengabaikan blog ni.
Akhirnya aku menulis semula. Kenapa? Sebab idea baru nak mencurah (kot)
Daripada aku flood kan twitter, baik aku tulis kat sini. Kan?
Mudah.
Lagipun bila ada disini. Semua yang ada dalam kepala mampu di lontarkan dengan tepat.
Semua dengan nuansa dan warna baru. Lari dari suram kerana suram tidak cocok  dengan karekter aku. 
----------------
Harini, macam kebiasaan selalu. Tidur selepas subuh. ok ok. ye aku tahu tak elok tidur lepas subuh tapi consider la sikit aku yang tak mampu nak tidur malam ni.
Berharap sangat biological clock akan pulih seperti sedia kala.
Adakah kerana aku berasa anxious hingga menyebabkan aku tak mampu untuk tidur pada waktu malam?
Entah la
By the way, bukan tujuan utama aku untuk dibashed readers (kalau ada) tapi aku bercerita kerana ada rentetan dari kisah tidur tu.
Dalam mimpi, aku menangis. Dan bila aku sedar, mata aku terus bergenang. Dan sah, aku memang menangis dalam tidur.
Nangis yang teresak-esak.
Tersedu-sedu.
Phewww. Pertama kali terjadi.
Apa yang terjadi dalam mimpi tak perlu la aku ceritakan kerana ceritanya terlalu pilu.
Semoga semua  baik-baik belaka.
---------------
Sudah lah. Aku rasa mahu cuba untuk lelap walau seketika. Selamat malam wahai dunia. Semoga tiada yang aneh berlaku disegenap jagat raya. 
Wasalam

Monday, 10 October 2011

Aku, Kau, Dia, Dia dan Dia

Menongkat dagu kelangit mencari cahaya yang gemerlap di kala senja.
Diangkat, dilukis, menjadi sebuah lagu yang sempurna sang pencinta.
Sukar untuk ditafsir mana dia garis-garis halus.
Sempadan antara dia, dia dan dia.
Aku?
Masih disini.
Titik tolak sebagai anak kepada ibu bapa.
Mungkin bakal isteri pada sang suami.
Mungkin bakal ibu kepada anak-anak.
Mungkin bakal pewaris warisan bangsa.
Kau?
Walau kau tanya berjuta kali.
Aku tak tahu.
Aku tak tahu.
Aku masih tahu.
Kita bangkit bersama.
Menuju destinasi berbeza dengan cara tak sama.
Aku, kau, dia, dia dan dia.
Usaha langkah teruskan maju.
Semoga aku, kau, dia, dia dan dia.
Akan bersatu.

(Amira Ismail, 2011)

Monday, 11 July 2011

Kita Terlalu Ego Untuk Mengakui - Mereka Lagi Matang Untuk Memahami

"TANYA DIRI ENGKAU APA BAKTI ENGKAU PADA NEGARA..JANGAN TANYA NEGARA BERBAKTI APA PADA ENGKAU'..
Salam
Hari ni, aku sekadar ingin berkongsi satu video yang aku rasakan amat bermakna.
Mungkin ada dikalangan kita yang sudah tahu dengan kewujudan video ini.
Tapi hati ini masih lagi ditepis rasa sayu kerana kita seringkali mengambil mudah atau memperlekehkan golongan2 ini.
Walhal, kita sendiri tak pasti tentang masa lampau orang-orang ini.
Renung-renungkan.







p/s:: mata hati kita terlalu buta untuk menilai atau kita jadi terlalu bijak hingga lupa daratan?? fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...