Showing posts with label mengade. Show all posts
Showing posts with label mengade. Show all posts

Tuesday, 28 June 2011

Tips Hilangkan Mengantuk

Salam
Hari ni aku rasa mengantuk tahap gaban.
Baca coding yang aku buat sambil dapatkan idea macam mana nak teruskan buatkan otak aku jammed.
Tambahan pulak aku ni selsema, consume ubat, memang kencang aku rasa mengantok!
So, apa aku selalu buat untuk hilangkan rasa mengantuk pada waktu "tak sepatutnya ni"..

  1. Dengar lagu kuat-kuat (lagu fast beat tau, bukan instrumental or balada2 ni, makin kau tidur ade la)
  2. Jalan2 sekeliling tempat.. Kacau2 orang. Memang berkesan.
  3. Pergi tempat yang takde orang tengok, buat star jump.. Streching. bagi oksigen gerak satu badan kau..
  4. Jegilkan mata seluas-luasnya.. Memang agak scary kalau time tu orang pandang kau.. Tapi benda ni akan buatkan kau dapat rasa fresh pada mata kau, ade air flow masuk liang mata..
  5. Mengantuk jugak? Pergi basuh muka.. pastu halakan muka ke hand dryer tu.. Nescaya kau akan bertambah2 fresh! (basuh muka tu aku biasa buat tapi bab handDryer tu, korang nak test boleh jugak)
  6. Minum air. Lepastu buat bubble sambil minum tu. 
  7. Paling best masa sekolah dulu, letak minyak angin kat sekeliling mata, memang confirm mata kau segar!
Masih mengantuk???? Kau pergi tidur la kejap. Kejap je, just nak hilang ngantok, bukan melantak tidur!!
[Source]
Sebenarnya kan, semua ni, mind kita yang control, kalau kita kata kita nak tidur, tidur la.. Kalau kita kata taknak tidur, tak tidur gak kan? Misalnya, kalau tengah gila aku kata nak marathon movie, selambe je tak tidur, walaupun mulut dah nguap macam badak air.. Okaylah.. Segar2kan mata anda. =)

Wednesday, 20 April 2011

SMASHED MENGSMASHED: Jangan banyak bunyi! Kau ada?? Takde kan..So senyap..

Salam.
Intro hari ni adalah mengenai....
Jeng jeng jeng...
Malam semalam, masa aku tengah syok-syok dengar lagu, tiba-tiba, ada bunyi kucing...
Perh, seriau satu badan dek kerana bunyi yang slow tapi berterusan...
Nasib baik bulu tengkuk aku tak sempat meremang, lau tak memang aku dah mengigil sorang...
Dah dengar je macam tu, apa lagi, aku terus pasang zikir sampai ke pagi.. Ngeeee..
Aku ni muka je brutal suci, dalam hati.. Kecik je.. Hehehe.. (PENGAKUAN BERANI MATI)

Berbalik pada tajuk...
Smashed Mengsmashed..
Ramai orang guna sentence diatas untuk mematikan perbualan.. Kan??
Bunyi macam rude atau bahasa kasarnya, nak kena lempang terabur gigi...
Cuba kau bayangkan.. Tengah cakap pasal si Joyah beli kereta baru, pastu kau terus kena smash dengan si Tipah dengan ayat ni,
Jangan banyak bunyi! Kau ada?? Takde kan..So senyap..
Perh, sumpah sentap nyah! Hahaha.. Aku pun selalu mengsmash dan dismash.. So, takde lah aku hairan bin takjub sangat.. Tapi kalau orang yang tak pernah kena, maunya dia SENTAP atau TOUCHING dengan kau berhari-hari atau berbulan..
Dah hilang sekor sorang kawan kau.. So, pandang kiri pandang kanan lah geng.. masing-masing dah besar panjang (melainkan sesiapa yang baca ni rasa dia kanak-kanak lagi memang tak boleh nak buat apa la kan)
Kalau setakat kawan tu niat nak bergurau, tak payah la kau nak ambil hati lama-lama.. Tak elok kan..
Dan kalau kau yang MENGSMASH tu rasa kau dah terlukakan hati kawan kau, mintak maaf la dekat dia, mana la tau kot-kot dia memang makan dalam habis dengan kau, tak seronok la kan macam tu..

Smash mengsmash memang dah jadi rutin hidup seharian.. So, relax and chill je la... =) gurau-gurau, gelak-gelak.. kan seronok.. baru la pnjang umur.. takkan nak masam muka.. ye tak???

[Tumblr : Sorang2 baca buku pun best kan]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...