Showing posts with label bersyukur. Show all posts
Showing posts with label bersyukur. Show all posts

Wednesday, 17 July 2013

At last!

Salam
Setelah berabad dan berkurun lamanya aku mengabaikan blog ni.
Akhirnya aku menulis semula. Kenapa? Sebab idea baru nak mencurah (kot)
Daripada aku flood kan twitter, baik aku tulis kat sini. Kan?
Mudah.
Lagipun bila ada disini. Semua yang ada dalam kepala mampu di lontarkan dengan tepat.
Semua dengan nuansa dan warna baru. Lari dari suram kerana suram tidak cocok  dengan karekter aku. 
----------------
Harini, macam kebiasaan selalu. Tidur selepas subuh. ok ok. ye aku tahu tak elok tidur lepas subuh tapi consider la sikit aku yang tak mampu nak tidur malam ni.
Berharap sangat biological clock akan pulih seperti sedia kala.
Adakah kerana aku berasa anxious hingga menyebabkan aku tak mampu untuk tidur pada waktu malam?
Entah la
By the way, bukan tujuan utama aku untuk dibashed readers (kalau ada) tapi aku bercerita kerana ada rentetan dari kisah tidur tu.
Dalam mimpi, aku menangis. Dan bila aku sedar, mata aku terus bergenang. Dan sah, aku memang menangis dalam tidur.
Nangis yang teresak-esak.
Tersedu-sedu.
Phewww. Pertama kali terjadi.
Apa yang terjadi dalam mimpi tak perlu la aku ceritakan kerana ceritanya terlalu pilu.
Semoga semua  baik-baik belaka.
---------------
Sudah lah. Aku rasa mahu cuba untuk lelap walau seketika. Selamat malam wahai dunia. Semoga tiada yang aneh berlaku disegenap jagat raya. 
Wasalam

Saturday, 12 January 2013

Mood hari ni yang tunggang terbalik

Salam
Hari ni hari aku rasa nak marah about so many things.
Marah yang tak mampu aku luah.
Aku tak tahu kenapa.
Mulanya sebab Maxis yang macam pantek
Oke tercarut.
Lepas berlanjut-lanjut sampai terbengang a.k.a panas hati dengan manusia.
Manusia yang dah rasa diri cukup besar, cukup pandai, cukup angkuh menilai.
Pernah kau dengar kata orang lama-lama
"Ikut hati mati, ikut rasa binasa"
Bebaskan media?
Puih
Pemikiran kau tu yang perlu bebas.
Manusia kalau tak tahu dek untung, tak usah nak berdebat sana sini ibarat kau paling jaguh seantero.
Manusia, kalau perlu menilai, nilai dari setiap sudut, dari setiap segi.
Kau bakal pemegang sarjana kawan.
Jadi bila bercakap atau mengeluarkan sesuatu buah fikiran, fikir dalam-dalam.
Jangan nampak bodoh kau sendiri.

p/s: terasa? memang aku tujukan buat kau.

Monday, 11 July 2011

Kita Terlalu Ego Untuk Mengakui - Mereka Lagi Matang Untuk Memahami

"TANYA DIRI ENGKAU APA BAKTI ENGKAU PADA NEGARA..JANGAN TANYA NEGARA BERBAKTI APA PADA ENGKAU'..
Salam
Hari ni, aku sekadar ingin berkongsi satu video yang aku rasakan amat bermakna.
Mungkin ada dikalangan kita yang sudah tahu dengan kewujudan video ini.
Tapi hati ini masih lagi ditepis rasa sayu kerana kita seringkali mengambil mudah atau memperlekehkan golongan2 ini.
Walhal, kita sendiri tak pasti tentang masa lampau orang-orang ini.
Renung-renungkan.







p/s:: mata hati kita terlalu buta untuk menilai atau kita jadi terlalu bijak hingga lupa daratan?? fikirkan.

Saturday, 4 June 2011

Lagu Putus by Melda Ahmad

Salam
Hari ni rasa nak post about lagu Putus.
Ok, aku tahu korang nak kata aku tak up to date tapi AAK (ada aku kesah).. hahaha..
Lagu ni dulu ada la jugak kena mengena dengan aku..
Please.. Bagilah aku gelak jahat..
GAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAA
Aku tak payah ulas panjang lebar, semua boleh straight to the point faham lagu ni.
Simple dan tak payah nak belit2 susah2 fikir..

Putus – Melda Ahmad

Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku
Aku duduk sendirian di kamarku
Menangis kesepian keranamu
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku

Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku





Nak lagi best, time aku search  video ni dekat youtube, ade komen banyak2 kat bawah tu, tapi ada satu menarik perhatian aku...
Kejap, nak upload ni..

hahaha... "DISLIKE"

Kesimpulannya disini, hargailah orang yang betul2 hargai kita, jangan sia2kan cinta orang yang ikhlas cintakan kita.. Dan jangan jadi macam pepatah "SESAL DULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA."

Thursday, 3 February 2011

Mesir : Semoga mereka selamat

Salam
Dulu, aku rasa menyesal sebab tak belajar betul2..
Aku rasa rugi sangat2 sebab classmate and schoolmate dah jauh2 tinggalkan Malaysia..
Dapat tengok tempat orang, merasa suasana berbeza.. 
Tak bersyukur???


Bukan tak bersyukur cuma rasa terkilan dengan diri sendiri.. Tak cukup usaha mungkin.
Tapi sekarang aku rasa lain bila melihat rakan2 aku yang bertungkus lumus nak pulang ke tanah air..
Maksud aku kawan2 yang belajar di Mesir.
Porak peranda, huru hara..
Semua segala macam ada la..
Haih..
Biarlah, isu negara mereka.. Nanti, mati ramai2.. Takde pelabur asing..
Negara jadi miskin.. Mintak2 bantuan kat negara orang lain.
Tolak ketepi.. Macam aku kata.. Urusan negara mereka..
Balik pada cerita asal.. Aku rasa bersyukur sebab masih diberi peluang untuk teruskan pengajian walaupun dinegara sendiri..
Bak kata orang dulu2 "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Baik di negeri sendiri.."
Hurmmm..
=) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...