Wednesday, 26 September 2012

Sudah di minggu ketiga

Salam
Sedar tak sedar.
Sudah minggu ketiga aku disini.
Ya. Shah Alam.
Gembirakah?
Sedang-sedang atau bak kata orang suam-suam kuku.
Jadual yang super angkuh.
Gap yang besar dan tidak FLEXIBLE sama sekali tidak memungkinkan aku untuk bercinta dengan lebih kerap.
Bagus juga aku rasa.
Hehehe.
Tapi ya la. Baru keluar dari kereta sudah terpalit rasa rindu. Inikan pula berhari-hari tidak ketemu.

si KACAK

Tak apa. Dugaan.
Komitmen aku masih utuh pada pelajaran, jadi pelajaran juga yang harus aku dahulukan, titik beratkan.
Aku akan masih menulis tapi tidak sekerap dahulu.
Dan mungkin gaya bahasaku akan sedikit berbeza dek kerana nuansa yang berbeza.
Zaman berubah dan begitu juga manusia.

p/s: aku tahu tiada yang membaca. tak apalah. untuk diri sendiri :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...