Setelah berabad dan berkurun lamanya aku mengabaikan blog ni.
Akhirnya aku menulis semula. Kenapa? Sebab idea baru nak mencurah (kot)
Daripada aku flood kan twitter, baik aku tulis kat sini. Kan?
Mudah.
Lagipun bila ada disini. Semua yang ada dalam kepala mampu di lontarkan dengan tepat.
Semua dengan nuansa dan warna baru. Lari dari suram kerana suram tidak cocok dengan karekter aku.
----------------
Harini, macam kebiasaan selalu. Tidur selepas subuh. ok ok. ye aku tahu tak elok tidur lepas subuh tapi consider la sikit aku yang tak mampu nak tidur malam ni.Berharap sangat biological clock akan pulih seperti sedia kala.
Adakah kerana aku berasa anxious hingga menyebabkan aku tak mampu untuk tidur pada waktu malam?
Entah la
By the way, bukan tujuan utama aku untuk dibashed readers (kalau ada) tapi aku bercerita kerana ada rentetan dari kisah tidur tu.
Dalam mimpi, aku menangis. Dan bila aku sedar, mata aku terus bergenang. Dan sah, aku memang menangis dalam tidur.
Nangis yang teresak-esak.
Tersedu-sedu.
Phewww. Pertama kali terjadi.
Apa yang terjadi dalam mimpi tak perlu la aku ceritakan kerana ceritanya terlalu pilu.
Semoga semua baik-baik belaka.
---------------
Sudah lah. Aku rasa mahu cuba untuk lelap walau seketika. Selamat malam wahai dunia. Semoga tiada yang aneh berlaku disegenap jagat raya.
Wasalam
No comments:
Post a Comment