Salam
Sudah sekian abad tidak menulis.
Jari jemari kaku dek kerana otak yang terlalu dingin dan beku.
Cinta pada penulisan sudah lama.
Namun jari-jari ini tetap mahu bungkam, tetap mahu diam.
Tapi kini aku sudah ada sesuatu mahu dicoret.
Bukan untuk sesiapa.
Tapi untuk tatapan hati sendiri.
Benar kata orang, mulut ini bisa.
Robek hati orang kalau silap katanya.
Runtun jiwa orang kalau kena lembut lenggok bahasanya.
Sudah penat mahu bercakap.
Biar aku menulis. Kembali.
Sudah banyak hati aku guris.
Lancang mulut ini.
Bisa.
Aku tak mampu berkata ya walhal sebenarnya hati meronta mahu berkata tidak.
Dan sekarang aku akan hanya diam.
Diam tanpa kata walau perit aku terima.
Diam walau gembira aku rasa.
Aku akan kekal diam.
Segala yang ada hanya aku luahkan disini.
Bersama jari menjadi senjata.
Dan papan kekunci sebagai medium.
Aku letih kerana semua jadi runyam.
Kerana mulut.
No comments:
Post a Comment