Salam
Dah lama aku tak menulis.
Kekangan apa? Aku sendiri tak pasti.
Sedangkan sudah hampir seminggu aku berhenti.
Nyali untuk memantapkan lagi skill gitar harus lebih kuat.
Harus lebih utuh.
Nyamuk dan lalat yang selama ini mengerumuni sudah move on dengan hidup masing-masing.
Bagus. Aman.
Sehari lagi maka akan berakhirlah tahun 2011.
Tahun yang aku boleh kategorikan sebagai tahun yang menyimpan seribu satu lipatan sejarah yang akan kekal selamanya.
Yang baik, mahupun yang buruk.
Dan ada juga sejarah lama-lama dikorek, dicungkil.
Tujuannya mahu diulang, dikenang. Sekali lagi. Untuk yang baik mahupun yang buruk.
Aku mendapat sahabat-sahabat baru yang mengerti. Sama pegangan. Sama aliran. Sama pemikiran.
Aku jumpa semula sahabat lama yang pernah rapat dengan aku suatu ketika dahulu dan renggang dan kini, rapat semula.
Tak kurang juga ramai yang memusuhi aku akibat lain ideologi, lain cara pemikiran. Tak apa. Itu semua asam garam dalam kehidupan. Norma kehidupan manusia biasa.
Selamat datang 2012.
Moga yang terbaik dicapai.
Moga yang terunggul diraih.
Moga apa yang tertunggak dapat dikecapi pada tahun ini.
Awal muharram sudah lama berlalu.
Tapi azam yang sama.
Usaha. Itu yang pasti.
Impian akan kekal sebagai impian jika tidak berusaha untuk mendapatkannya.
Semoga Allah SWT memberikan aku kekuatan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga aku mendapat kursus yang aku minati.
p/s: suka, duka. untuk kita kenang. genap 19 bulan aku dan dia bersama pada 1 Januari 2012 ini. mogahingga ke jannah. amin.
No comments:
Post a Comment