Thursday, 19 May 2011

Rambut, Pelangi dan Bunga (puisi)

Rambut
Rambut lurus senang kita leraikan,
Rambut kerinting mahu dilerai?
Semakin cuba dilerai, semakin berpintal, serabut..
Pelangi
Kadang pelangi kita seru,
Awan mendung yang datang.
Kita lupa pelangi datang dari titis air dari awan yang sarat mengandung.
Ligat kala mentari pancar cahaya pada air lalu jadi..
Sang pelangi.
Bunga
Bunga yang cantik belum tentu wangi
Bunga yang hodoh itu la wanginya banyak
Bunga yang hodoh dan busuk?
Fikir sendiri apa mahu.
Luar cantik, dalam wangi
Luar cantik, dalam busuk.
Luar hodoh, dalam wangi,
Atau mungkin,
Luar hodoh, dalam pun busuk?
Keji kau rasa?
Kau nilaikan apa kau sebenar...
Aku bukan siapa
Aku bukan juga apa
Manifestasi pada diri yang aku insan keji.
Aku akur.
Kau?
Aku tak tahu.
Kalau kau ludah ke langit, tepat ke muka, aku masih tak tahu.
Rambut, Pelangi dan Bunga.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...