Wednesday, 18 January 2012

Sabarlah sahabat. Akal kau lagi kuat dari hati.

Salam
Perkongsian aku kali ini mengenai seorang rakan yang aku anggap sahabat.
Masalah cinta. Masalah rutin. Masalah yang selalu runyam. Masalah yang selalu meranapkan hati-hati sepi.
Gelisah.
Hati dia tegar. Aku tahu.


Dia: Wey, hari ni hati aku kosong. Aku tak tahu nak muntahkan isi kepala aku kat siapa. Hmmm. and sepanjang hari ni jiwa aku takde kat sini.


Aku: Bila kau nak bla dari situ? Macam mana jiwa kau kosong?


Dia: Entah. PPD still tak angkat call aku. Hati kosong sebab dia. Apa yang aku paling takut and paling nak berlaku jadi juga akhirnya.


Aku: Apa?


Dia: Leaving without a word. Dia on the way balik JB sebab ingatkan nak spend masa bercakap tentang kami sepanjang malam. Tapi tak jadi kerana kekangan kerja. Aku risau aku terpaksa pergi macam tu je.


Aku: Maksud kau hari ni? Hurm. So kiranya dia panas dengan kau la ni?


Dia: Yup. Aku takut tak ada masa lain.


Aku: Masa tu takkan ada unless kita cari ruang. Bukan salah kau pun sebenarnya. Sabar la.


Dia: Hurm.


Aku: Boleh. Ada ruang. Kesempatan.


Dia: Amin. Thanks tolong legakan hati aku. Even dalam hati berkocak.


Aku: Kocak hati tu lumrah. Kau manusia. Jangan tepis tapi diluahkan. Aku faham sebab saat hati aku rasa nak pecah, aku cuma mampu bungkam, menangis. Tapi hasilnya aku lega. Tak banyak tapi mampu kurangkan sedikit gusar.


Dia: Aku nak bercakap dengan kau tapi aku risau akan nangis. Aku serius nak guna waktu sikit ni untuk dia. Tapi.. Hurm..


Aku: Tapi dia tak beri ruang untuk penjelasan? At least buat kau rasa tenang?


Dia: Aku dah jelaskan. Dia terima menurut bibirnya. Aku tak tahu hatinya.


Aku: Aku tahu akal kau kuat dari hati kau. Terima jawapan tu. Biar gelodak hati dia. Bukan untuk kau rasa kau pentingkan diri tapi untuk buatkan kau lagi kuat berdiri.



p/s: hati ini juga tak kuat. namun digagahi juga akal untuk tetap pantas menepis gejolak hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...