Monday, 28 June 2010

Jodoh - Awal atau lambat bukan penghalang

Salam
Pembuka bicara yang jarang aku sampaikan
Mungkin ini jadi titik tolak akan aku mulakan

Ok
Berbalik pada tajuk kita hari ni, Jodoh..
Kalau dah jodoh, sorang utara, sorang selatan, akhirnya bertemu juga..
Hurm, kenapa aku tiba-tiba nak buat entri pasal kahwin2 ni?
Sebab ada dua orang yang aku kenal walaupun tak berapa rapat akan dan telah melangkah kegerbang perkahwinan pada tanggal 26 Jun 2010 yang lalu..
Kedua-duanya rakan sekolah tetapi berlainan zaman
1: Faezah , rakan ketika di sekolah rendah bertunang
2: Haziq Kahar, schoolmate ketika di Sains Muar berkahwin

Dalam usia semuda ini, bersediakah kita untuk memikul tanggungjawab sebesar itu?
Sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri?
20 tahun..Selama ini aku beranggapan angka itu adalah angka yang masih awal untuk kita yang masih mencangak2 sebagai pelajar atau manusia..

Tapi, lain orang lain tanggapannya..
Aku cuba membayangkan jika aku berada ditempat mereka..
Mampukah aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri jika aku masih bergelar seorang siswi?
Mampukah aku?
Perkahwinan itu satu ikatan yang suci, bukan satu permainan yang boleh ditukar ganti.. Tanggungjawab itu satu amanah dari Allah..

Aku hanya mampu berserah kepada Allah s.w.t
Andai dengan izinNya aku bersama dia hingga ke akhir hayat, aku memanjatkan syukur kehadrat illahi... Amin..

mungkin kalian ada pendapat yang tersendiri.. sila nyatakan..


Haziq Kahar dan pasangannya Rabia'tul Adawiyah
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin

Credit for the photographer - Khairul Azkar (click his name to view his artwork)

p/s: saya harap kita bersama selamanya, sampai syurga.. Amin..

With Love; Mira

2 comments:

  1. sedap nama pengantin perempuan nye.
    empunya blog ni bila lagi?? :)

    ReplyDelete
  2. tggu yangh komen tu masuk meminang lagi 5 taun.. hik2 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...