aku cuba untuk bersikap jujur dengan diri sendiri...
maafkan aku andai kau beranggapan aku ini sinis..
aku ini keanak anakan..
muzik itu semangat aku, kesukaan aku
tetapi
kesukaanku menjadi bahan herdikan
bahan cacian
bahan hinaan
mungkin aku dimatamu seorang yang tewas
mungkin aku dimatamu seorang yang lemah
maafkan aku kerana aku tewas.
maafkan aku kerana aku lemah.
mungkin aku paling egois
mungkin aku paling kritis
andai kau mengerti isi hatiku ini..
aku tidak minta dipuji
aku tidak minta dilambunng mencecah awan
aku minta kau sebagai manusia
mendengar
meneliti
cuba untuk mengisi ruang-ruang yang semakin
sempit dan sesak dengan makian dan ejekan
semoga kau sedar...
aku hanya aku
kau hanya kau
aku tidak bisa jadi apa kau minta
kau tidak bisa jadi apa ku minta
aku tidak mahu musuh
aku tidak mahu sekutu membawa celaka
aku mahu sahabat
aku mahu rakan
aku mahu Manusia..
p/s: andai 'kau' membaca ini... aku bersimpati.. sekian
No comments:
Post a Comment